BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, July 17, 2008

SEJARAH SK SEGA

SEJARAH RINGKAS SEKOLAH KEBANGSAAN SEGA, RAUB

PERMULAAN HINGGA TAHUN 1941

Bermula dengan sebuah bangsal yang didirikan di lereng sebuah bukit berhampiran Sungai Tat pada tahun 1901, anak – anak kampung ini mengenal alam persekolahan. Pada ketika itu bangsal ini dikenali sebagai Sekolah Melayu Sega. En Md. Kelan yang berasal dari Negeri Sembilan menjadi tenaga pengajar pada masa itu.

Pada tahun 1908, Encik Md. Kelan digantikan oleh Encik Piara dari Selangor. Pada tahun 1909 hingga 1911 sekolah ini ditadbir oleh seorang Guru Besar iaitu Encik Hussain b. Mohamad yang berasal dari Kelang. Pada masa inilah bangunan sekolah ini bertukar daripada bangsal kepada bangunan yang lebih teguh dan menarik pada zaman itu. bangunan ini dibina di atas bukit berhampiran dengan sekolah tersebut (tempat bangunan dua tingkat sekarang)

Tahun demi tahun, bilangan murid di sekolah ini semakin bertambah. Bagi menampung jumlah murid yang semakin bertambah ini, maka pada tahun 1924, sebuah bangunan baru telah dibina di Kampung Tat berhampiran dengan rumah guru. Bangunan baru ini mempunyai panjang 60 kaki dan lebarnya 24 kaki beratapkan daun pedar dan juga berdindingkan batang pedar beranyam.

Mulai tahun 1926, hasil galakan daripada Penghulu mukim iaitu Encik Md. Dahan bin Imam Teh, ibu bapa di sini mula percaya untuk menghantar anak –anak perempuan mereka bersekolah. Pada tahun 1927, sekolah ini telah dibahagi dua kerana murid perempuannya telah bersekolah di bangunan lama. Sekolah ini dinamakan Sekolah Perempuan Melayu Sega.


Pada akhir tahun 1928, murid – murid perempuan ini kembali semula belajar bercampur dengan murid-murid lelaki kerana guru mengajar mereka telah bertukar. Pada tahun 1929, dua buah rumah guru telah dibina berhampiran dengan sekolah yang ada sekarang. Pada ketika itu, Guru Besar sekolah ini ialah Encik Abdul Manaf bin Md. Ajam. Selepas beliau dinaikkan pangkat menjadi Guru Pelawat Raub, tempat beliau diganti oleh Encik Abdullah bin. Hj. Akil yang berkhidmat hingga tahun 1931.

Pada tahun berikutnya, sekolah ini ditadbir oleh Encik Wan Ishak bin wan Abdul kadir hingga tahun 1937. pada masa beliau berkhidmat di sini, seorang daripada murid perempuan dari sekolah ini telah berjaya menjawat jawatan guru iaitu Puan Selamah binti Hassan.

SEMASA PEMERINTAHAN JEPUN TAHUN 1942-1945

Pada masa pemerintahan Jepun, pelajaran tidak begitu dititikberatkan oleh kerajaan. Namun begitu, pelajaran bagi sekolah ini tetap diadakan Cuma diajar dalam bahasa Jepun. Guru Besar apada ketika itu ialah Encik Mansor bin Don dan beliau berkhidmat di sini sehingga Jepun menyerah kalah.

SEBELUM MERDEKA DARI TAHUN 1945 – 1957

Setelah tamat Perang Dunia Kedua iaitu pada akhir tahun 1945, sekolah ini dengan daya usaha encik Mansor bin Don telah cuba memanggil balik anak-anak kampong ini untuk belajar tanpa mengira had umur. Encik Mansor kemudiannya telah bertukar ke Sekolah Melayu Kuala Lipis dan tempatnya digantikan oleh Encik Mahassan bin Iri. Beliau berkhidmat dari tahun 1946 – 1948. kemudian beliau bertukar ke Sekolah Melayu Benus, Bentong. Tempatnya diambil alih oleh Encik Othman bin Banchi.

Sekolah ini kemudiannya telah dibesarkan dengan panjangnya 120 kaki dan lebarnya 24 kaki. Dindingnya diperbuat daripada papan dan beratapkan asbestos ‘Apex’. Bilangan murid pun bertambah menjadi 375 orang. Pada tahun1950 sebuah bangunan tambahan dibina dengan ukuran 48 kaki panjang dan 24 kaki lebar. Pada tahun 1956, sebuah lagi bangunan tambahan dibina dengan ukuran 30 kaki panjang dan 23 kaki lebarnya.

SELEPAS MERDEKA; DARI TAHUN 1957 – 1991

Pada tahun 1958, Guru Besar sekolah ini ialah encik Othman bin Bakar. Beliau telah berkhidmat di sini sehingga tahun 1969 iaitu selama 11 tahun. Kemudian tempat beliau telah diganti pula oleh Puan Selamah binti Hassan. Pada ketika itu, bilangan murid di sekolah ini ialah seramai 375 orang manakala tenaga pengajarnya pula terdiri daripada 14 orang. Memandangkan bilangan murid yang semakin bertambah dan bangunan yang ada tidak lagi mencukupi, sekolah ini terpaksa mengadakan dua sesi untuk mengatasi masalah ini.

Keadaan ini berjalan dari tahun 1970 hingga tahun 1972. Pada tahun 1972, sebuah bangunan baru dibina di atas tapak rumah yang telah dibina pada tahun 1910 dahulu. Rumah tersebut telah dirobohkan kerana sudah terlalu uzur. Bangunan batu dua tingkat ini menelan belanja kira – kira 70 ribu ringgit dan mengandungi 5 buah bilik darjah, sebuah bilik guru, sebuah bilik Guru Besar, 3 bilik stor, beserta tandas dan bilik air untuk murid perempuan dan juga lelaki. Pada ketika itu, guru-guru juga menggunakan bilik air yang sama kerana tidak ada bilik air khas untuk guru-guru.

Sebuah kantin juga turut didirikan dan kedua-dua bangunan ini mula digunakan pada januari 1973. Dengan itu, masalah bilik darjah telah dapat diatasi dan sekolah sesi petang pun berakhir.

Dalam tahun 1970, buat pertama kalinya dua orang bekas murid sekolah ini berjaya menamatkan pengajian mereka di Universiti Malaya. Mereka dianggap sebagai peneroka kejayaan bagi bekas-bekas murid sekolah ini. Mereka ialah Tuan Haji Ahmad Kamal bin Hj. Abdul Hamid, Pegawai Pendidikan Daerah Lipis dan Tuan Haji Norawi bin Hj. Mohd. Akhir, Pegawai Lembaga Peperiksaan.

Selepas 2 orang peneroka inilah, sekolah ini mula mencatat nama-nama bekas muridnya yang berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi dan berjaya dalam kerjaya masing-masing. Sehingga kini, sudah ramai bekas murid sekolah ini yang melibatkan diri dalam kerjaya profesional.

VISI DAN MISI

VISI SEKOLAH

SELARAS DENGAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN,SEKOLAH INI MEMPUNYAI WAWASAN UNTUK MEMPERTINGKATKAN KURIKULUM DAN KEMAJUAN PENDIDIKAN KETAHAP YANG OPTIMA

MISI SEKOLAH

MENINGKATKAN MUTU PERKHIDMATAN YANG EFEKTIF MENJELANG 2010 MELALUI:


  • MURID MENGUASAI 4 M KEARAH BERKUALITI TINGG
  • MEMILIKI NILAI-NILAI AKHLAK YANG MULIA
  • GURU MEMPERTINGKATKAN MUTU PENGAJARAN DAN PEMBALAJARAN DALAM KELAS
  • MENAMBAHKAN PENGETAHUAN DAN MAKLUMAT TERKINI MELALUI PERKEMBANGAN STAF.
  • MELENGKAPKAN PRASARANA SEKOLAH BAGI MEWUJUDKAN IKLIM SEKOLAH YANG SELAMAT DAN MENYERONOKKAN.
  • MEMANTAPKAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN SEKOLAH DALAM SATU PASUKAN BUDAYA KERJA YANG BERSISTEM.

MOTTO SEKOLAH

GURU CEMERLANG

MURID CEMERLANG

SEKOLAH GEMILANG DAN TERBILANG

SENARAI NAMA GURU DAN STAF SOKONGAN

Guru Besar: En Abd Wahab B Johari
GPK1 : En Mohd Sabri B Yussoff
GPK HEM : Pn Asmariah Bt Zakaria
GPK Ko-ko : Pn Hasnah Bt Saulan

Guru-guru:

Pn Nor Suziah bt. Alias
En.Razif bin Amran
Pn. Norhayati bt. Awang
Pn. Aminah bt. Rahmat
En. Majdan b. Che Wil @ Ismail
En. Mohd Rosdi b Salleh
En. Azman bin Abdullah
En Mohamad Ikhsan b Abas
En. Ahmad Shahzami b Mahmudin
Pn. Fatimah bt Saidin
Pn. Rabiatun Adawiah bt Muhammed
Pn. Asiah bt. Siru
Pn. Dayang Suhana bt Majid
Pn. Nor Azah bt Mohsin
Pn. Zuraita bt Abu Bakar
Pn. Nur Hasliza bt Abd. Rahman
Pn. Rahemah bt Budin
Cik Fadzilah bt Esa

Staf Sokongan:

En. Kamarudin bin Mat Nor
En. Ahmad Hashimi bin Abdullah
Pn. Sabariah bt Harun
Pn. Julismanornira bt Jasnin
Pn. Suhaila bt Samsubaharim
Cik Nur Fadhilah bt Che Mohamad